Saturday 30 June 2012

Kahwin Ganti



Luqman Hakim dan Nuqman Hakim adalah pasangan kembar seiras yang hanya dapat dibezakan dengan sikap dan perwatakan mereka. Sejak kecil, tidak seperti pasangan kembar yang lain mereka tidak sependapat dalam hampir semua perkara. Luqman  sering mahu mendapatkan apa yang ada di tangan Nuqman dengan apa cara sekalipun dan sebagai abang, Nuqman sering mengalah.Semakin membesar dan mampu berfikir panjang, Nuqman mula menganggap Luqman sebagai perampas dan cuba menjauhkan diri dari adik kembarnya dengan memohon untuk tidak belajar di tempat yang sama dan mempunyai lingkungan teman yang sama. Akhirnya, di zaman belajar mereka tiada siapa pun yang tahu yang mereka masing-masing mempunyai pasangan kembar melainkan kenalan rapat dan  saudara mara sahaja.

Konflik bermula bila di malam pernikahannya, Nuqman memilih untuk melarikan diri sebelum majlis bermula tanpa sebarang sebab. Untuk menyelamatkan keadaan dan maruah kedua belah keluarga, dalam terpaksa Luqman menjadi pengganti tanpa siapa menyedari kecuali Nuha Aleesya, kakaknya. Tetapi atas dasar serba salah, Luqman menceritakan segalanya pada Mya Zara, kekasih hati abangnya yang kini sah menjadi isterinya. Kemudiannya Ummi dan Abah turut diberitahu dengan kesannya pemergian abah pulang ke rahmatullah kerana serangan jantung.

Keadaan jadi lebih rumit bila Mya Zara yang lebih tua dua tahun dari Luqman mula melapor diri sebagai tutor di tempat Luqman belajar.Namun berdasarkan janji yang di buat di malam pernikahan mereka, masing-masing berpura-pura seakan tidak mengenali dan dengan teman yang rapat, Luqman hanya memperkenalkan Mya Zara sebagai saudaranya.

Pelbagai insiden berlaku sepanjang pengajian tahun akhir Luqman di situ hinggalah kehadiran Iskandar menyedarkan Luqman tentang perasaan yang mula tumbuh di dalam hatinya terhadap Mya Zara dan juga kemunculan Qaseh yang mula merapatkan hubungan mereka berdua setelah mereka mula duduk sebumbung.

Bila masing-masing mula yakin akan perasaan sendiri dan bahagia baru hendak menyapa, Norman Hakim pula muncul membayangi hari-hari Luqman kerana wajahnya yang seiras Nuqman. Siapa sebenarnya Norman Hakim?Akan terjawabkah persoalan kenapa Nuqman lari di hari pernikahannya? Adakah Nuqman akan terus menagih kasih Zara dan tegarkah Luqman melepaskan Mya Zara pada abangnya?

Zara : Jangan tinggalkan saya Luqman. Hati saya, hanya untuk awak. Kalau awak pergi, berapa kali pun Nuqman datang dan pergi selepas ini ... sekali pun dia tak kan mampu nak gantikan tempat awak.

Luqman : Ada benda yang kadang kala tak perlu dicakap.Cukup dengan perbuatan, dah jelaskan semuanya. Begitu juga perasaan saya pada awak Zara.

Nuqman : Zara, Demi Allah, tak pernah terniat di hati saya nak tinggalkan awak. Saya terperangkap dalam keadaan.. percayalah.


-Rabiah-

Love You Mr. Arrogant


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

-Qamarina-

Sebenarnya Saya Isteri Dia


Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
-Aliah-

Jodoh Itu Milik Kita



Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….”  Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia

-Intan-

Awak Suka Saya Tak?


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" 
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." 
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha
 
-Rabiah-

ICE-CREAM BABY

Lawak Kampus

1. Mengganti Puasa yang Ditinggalkan
 
Soalan: Saya banyak meninggalkan puasa semasa remaja, bagaimanakah caranya saya  hendak menggantinya, dan bolehkah tuan terangkan tentang fidyah dan bagaimana caranya?

Jawapan:
Puasa adalah rukun Islam yang keempat. Sesiapa yang meninggalkanya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran bererti telah melakukan dosa besar di sisi Allah SWT. Walaupun ia berdosa di sisi Allah namun tugas mengqadakkan semula puasa yang ditinggalkannya hendaklah dilakukan. Begitu juga dengan pembayaran fidyah.Dalam kes ini jika seseorang itu banyak meninggalkan puasa. Tidak diketahui dengan tepat sudah beberapa tahun ditinggalkannya, ia hendaklah menyediakan cadangan sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.

Umpamanya ia meninggalkan puasa selama 10 tahun. Hendaklah ia mengqada'kan ke semua puasa yang ditinggalkannya itu, di samping membayar fidyah berupa secupak makanan untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan itu. Fidyah tidak boleh dibayar selagi ia tidak mengqada'kan puasanya terlebih dahulu. Bagi Imam An-Nawawi dalam Syarh Muhadhdhab orang yang meninggalkan puasa ini hendaklah mengqada'kan puasanya dengan segera dan qada' ini boleh dilakukan secara berturut-turut ataupun secara berselangan hari.

Tips Tidur Lena

Tidurlah ….


Di hujung minggu begini, ramai yang menggunakan kesempatan yang ada untuk bangun lambat menggantikan tidur yang terganggu sepanjang minggu bekerja. Ada juga yang memilih tidur sepanjang hari dan melakukan aktiviti sosial di malam hari. Sesetengah pula bangun awal tapi tidur kembali apabila petang menjelma.

Tidur yang cukup dan teratur diamalkan untuk menjaga kesejahteraan badan. Ia penting bagi membolehkan otak dan badan aku berfungsi dengan betul. Selain itu ia membantu aku untuk lebih fokus pada keesokan hari dan yang paling utama, mood aku selalunya bergantung kepada rehatku yang cukup atau tidak.

Menjaga tidur adalah sangat perlu. Tahukah anda tidur yang tidak teratur boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Lebih-lebih lagi jika anda termasuk dalam golongan yang selalu tidur lewat dan mempunyai waktu
tidur yang tidak teratur.

Tidurlah dengan mencukupi iaitu antara 6-8 jam. Selain dari mendapat rehat yang cukup, otak juga akan berfungsi dengan lebih baik dan fokus pada esoknya. Tidur dan rehat yang cukup juga akan mengatasi
masalah anda yang selalu mengantuk dan lesu pada siang hari terutamanya waktu bekerja.

Mengamalkan minuman seperti susu atau teh cammomile @ peppermint sebelum tidur mampu menenangkan anda juga. Tabiat membuang air kecil sebelum tidur juga perlu diamalkan bagi mengelakkan tidur anda terganggu pada awal pagi.

Jika anda mempunyai masalah untuk nyenyak tidur, sebolehnya cuba elakkan berkongsi katil atau bilik tidur dengan orang lain. Atau beritahu ‘bedmate’ agar lebih memahami masalah kesukaran tidur anda. Pasangkan bau-bauan yang mampu membantu anda tidur dengan lebih lena. Pemasangan bunyi-bunyian muzik yang mengalun mungkin membantu sesetengah orang menenangkan fikiran dan tidur dengan lena.

Mengapa Sejarah Penting?

PERTAMA: Sejarah membantu kita mengenali asal-usul sesuatu perkara. Ramai yang memandang remeh perkara ini, dan hanya berminat untuk mengetahui asal-usul keluarga semata-mata (itu pun tidak ramai!). Apa perlu kita tahu asal-usul? Adakah perlu kita tahu dari mana nasi yang kita makan ditanam? Satu kata-kata sinis, tetapi amat dangkal. Mengetahui dari mana dia, peristiwa atau sesuatu benda itu datang itu penting kerana ia memberi kita satu keyakinan kerana kita tahu mengapa, di mana dan siapa yang melakukannya. Kita tidak akan mudah percaya kepada kata-kata, hasutan orang lain jika kita tahu dan faham sebab-musabab (sejarah) sesuatu perkara itu. Contoh mudah, ketika kontroversi lagu Negaraku kita dahulu dikatakan lagu ciplak, maka ramailah rakyat Malaysia yang bulat-bulat percaya dan mula memberi komen yang negatif kepada negara sendiri, tanpa mengkaji terlebih dahulu. Ini memberi peluang kepada musuh-musuh luar untuk menggoyangkan keyakinan kita, dan seterusnya menggugat keselamatan negara dan diri kita. Tidakkah anda sedar?

KEDUA: Sejarah dapat mengelakkan diri kita kita daripada melakukan kesilapan, terutamanya kesilapan yang bodoh. Sudah tercatat dalam SEJARAH bahawa banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada SEJARAH terdahulu. Saya bukanlah orang yang begitu suka dengan politik, tetapi melihat kepada perkembangan politik semasa negara kita Malaysia, tindakan-tindakan sesetengah pemimpin dan pihak bertanggungjawab, tidak kira yang memerintah atau yang membangkang, bercanggah dan ini berlaku kerana tidak faham dan tidak belajar daripada sejarah. Begitu juga diri kita, ada yang tidak mengambil iktibar dari sesuatu peristiwa yang telah berlaku, terutamanya peristiwa yang kurang enak dan menyayat hati. Maka berulang-ulanglah kesilapan-kesilapan yang serupa berlaku, dan yang menerima akibat, siapa lagi?

KETIGA: Sejarah membantu kita bertindak secara bijak dan berfikir secara kritikal dan kreatif. Saya ada ungkapkan di atas berkenaan adakah perlu subjek sejarah di sekolah semasa kita bekerja, bekeluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti umum yang tidak bercorak akademik? Perlu diingatkan sejarah itu tidak terbatas kepada ruang lingkup ketika peristiwa yang disebutkan itu berlaku, sejarah adalah rantaian peristiwa yang berterusan dan berkembang. Maka adalah salah untuk kita katakan sejarah itu bersifat statik. Peristiwa pemisahan Singapura dari Malaysia umpamanya, apakah intipati yang kita dapat pelajari daripadanya? Salah satunya adalah kadang-kala kawan kita boleh menjadi lawan kerana kepentingan diri! Moralnya? Semangat setiakawan dan berpasukan, toleransi dan persefahaman perlu ada untuk mengelakkan perpecahan dan saling bermusuhan. Amalan ini boleh dipraktikkan semasa di tempat kerja bukan? Anda tahu jalan itu mempunyai sejarah kemalangan akibat kecuaian manusia. Tindakan anda? Pandu laju?

Sumber:  http://audifaliq.wordpress.com/2011/01/09/mengapa-kita-perlu-belajar-dari-sejarah/

Mengekalkan Warisan Kesenian Kita

Usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat di negara ini. Bukan hanya kepada pewaris seni dan budaya sahaja. Masyarakat Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis kesenian. Pewaris budaya bangsa pada masa depan adalah generasi hari ini. Melalui pendidikan warisan kesenian bangsa dapat dipelajari.
Bagi membina remaja yang cemerlang dan memahami budaya, mereka mestilah memahami dan menghayati budaya bangsa. Budaya bangsa adalah asas kepada 
 pembentukan kebudayaan kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan kebudayaan sangat berkait rapat dengan kehidupan.

Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih mengenali “budaya luar” atau budaya Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga Internet. Perkara ini seharusnya tidak berlaku jika remaja dididik dan diberi kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di 
 Malaysia.

Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama, menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu. Rentak dan genderang memberi semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang. Rayuan gita (lagu) harapan ibu dikatakan 
 mempercepatkan membesar sang bayi dalam ayunan.

Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi muzik, alat muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni bina dan lukisan. Semua warisan ini amat berharga dan bernilai kepada negara. Kalangan remaja harus memahami dan menghayati semua warisan ini.

Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan tarikan para pelancong. Sebagai contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional antaranya ialah muzik makyung, Mek 
 Mulung, Ghazal, wayang kulit dan sebagainya.

Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian daripada pelbagai jenis etnik. Tarian Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau Penampang merupakan beberapa jenis tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk yang unik dan perlu diketengahkan selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu dikomersialkan. Begitu juga bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.
Selain itu, bidang muzik mengikut cara bunyi dihasilkan, alat muzik tradisional kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama, getaran pada tali yang ditegangkan seperti alat muzik India iaitu Tampura, alat muzik Cina Erh-Hu. Kedua, di pukul pada kulit yang ditegangkan iaitu Geduk alat muzik Melayu dan Tabla alat muzik kaum India.

Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara tertentu.  Selain itu, tarian-tarian suku kaum di Malaysia telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian tradisional mempunyai fungsi tertentu.

Kraf tangan suku kaum di Malaysia juga ada berbagai-bagai jenis. Kraf tangan ini diperbuat daripada pelbagai bahan seperti mengkuang, kayu, manik, benang, logam, tanah liat dan sebagainya. Keunikan ini harus dibanggakan oleh kita rakyat Malaysia yang kaya dengan kesenian kraf tangan.

Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi sosial dalam masyarakat selain daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh didapati di kalangan  kaum di Malaysia. Setiap permainan tradisional ini menggunakan alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak mahu, permainan Internet akan 
 menghapuskan permainan tradisional yang ada.

Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan budaya yang penting ke rana ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa. Terdapat pelbagai bentuk seni bina warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan mempelajarinya adalah satu usaha yang 
 dapat mengekalkan seni bina bangsa kita.

Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika dilihat dari segi bumbung, tiang, tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada beberapa bentuk. Antaranya, Rumah tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang Barat, Rumah Bumbung Perak dan Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan 
 terdapat pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.

Memetik pandangan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, sebagai berkata seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan sesuatu bangsa. Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri dan budaya kita dalam menerap kemajuan teknologi, kemajuan perniagaan dan lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya bangsa Malaysia.

Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai sejarah perlu dipelihara agar ia tidak dilupakan dan sentiasa diingat oleh setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga dengan baik agar masyarakat dapat melihat evolusi bangsa.

Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam evolusi seni bina agar apa juga yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan masyarakat kita sendiri dan bukan sekadar dicedok atau diambil dari pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah suatu yang dinamik. Kita tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu ditapis.
Sebagai contoh, Istana Budaya setaraf dengan Royal Albert Hall di London. Reka bentuknya mementingkan ciri-ciri kebudayaan Melayu. Tapak bangunan ini direka berdasarkan wau bulan. Bumbung Istana Budaya berkonsepkan gubahan sirih junjung. Ruang dalamnya berkonsepkan rumah Melayu.

Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga merupakan satu cabang seni yang tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina menggunakan motif hiasan yang pelbagai dalam seni lukisan berdasarkan lagenda, falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama Buddha, pengajaran Tao dan Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza daripada simbol budaya lain kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri.

Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa kini dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional  masyarakatnya.
Kelainan dan kesatuan ini menjadikan budaya masyarakat Malaysia sangat unik dan menjadi daya tarikan para pelancong dari luar negara. Mereka melihat semua warisan kesenian pelbagai kaum sebagai satu seni yang unik dan dapat menyatupadukan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Hakikatnya, Malaysia  mengandungi berbagai-bagai masyarakat dan budaya; tetapi apa yang dicita-citakan oleh kita semua pada satu peringkat, ialah integrasi yang melampaui masyarakat dan budaya yang berbagai-bagai-bagai. Integrasi inilah yang dapat dijalinkan  bagi memperkukuhkan perpaduan dan dapat dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai kebudayaan nasional mereka.

Sumber: http://dpmp238.blogspot.com/2011/11/mengekalkan-warisan-kesenian-bangsa.html

Saturday 23 June 2012

Lawak Kampus

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Read More Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Saturday 16 June 2012

A Police Report On A Road Accident


30  June  2010
A  Police  Report  On  A  Road  Accident
The  accident  occurred  at  Kampung  Tersusun  in  Sungkai  at  about  7  p.m. I  was  on  my  way  to  the  provision  store  to  buy  some  provision. Three  men  died  when  their  car  crashed  into  a  herd  of  cows.
            As  it  was  dark  and  raining  heavily, visibility  was  poor. The  car  was  speeding  and  the  driver  could  not  stop  immediately. Thus, the  car  crashed  into  a  herd  of  cows. One  cow  died  due  to  the  great  impact  of  crash. The  driver  and  two  passengers  were  thrown  out  of  the  car.
            The  driver  who  suffered  major  injuries  on  the  head  and  chest  and  chest  died  on  the  spot  while  the  other  passengers  died  on  the  way  to  the  hospital.

Prepared  by,
Munshi  Abdullah,
Villager  of  Kampung  Tersusun,
Sungkai. 

Friday 15 June 2012

5 Bonus Khas Ramadan

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: ''Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu'':

 1) Bau mulut org yg berpuasa itu lebih wangi drpd kesturi di sisI Allah.
 2) Para malaikat beristihfar utk mereka sehingga mereka berbuka.
 3) Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaku yang     soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.'(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
4) Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
5) Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (org yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)

Persiapan Sebelum Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.                                                                                                                                                                                                          Semoga kita dapat mempersiapkan diri sebelum                                                                                        tibanya Bulan Ramadhan :)                                                                                         

Saturday 9 June 2012

Syarahan


        Assalamuailaikum dan selamat sejahtera. Yang dihormati saudara Pengerusi Majlis, tuan-tuan dan puan-puan. Saya bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Masyarakat Penyayang Menjamin Keharmonian’’.
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
         Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang prihatin terhadap ahli-ahli dan alam sekeliling. Setiap ahli dalam masyaakatkita hendaklah mengambil tahu terhadap rakan-rakan, jiran dan sesiapa sahaja dalam masyarakat tersebut. Kita sering mendengar komen bahawa masyarakat sekarang tidak mengambil tahu tentang hal sekeliling mereka. Keadaanini sebernanya tidak menguntungkan kita kerana persengketaan dan 
kerosakan dalam masyarakat akan berlaku dan kita bersama-sama menerima akibatnya.
         
           Masyarakat penyayang sentiasa mengambil berat terhdap masalah orang lain. Kita perlu memberikan perhatian kepada masyarakat. Sebagai contoh, kita menyediakan kemudahan khas untuk orang kurang upaya dalam masyarkat. Kita harus memhami keperluan mereka dengan menyediakan kemudahan khas.
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
             Kita juga perlu sedia membantu golongan yang memerlukan bantuan. Misalnya golongan miskin yang tidak mampu hidup dengan selesa dn golongan remaja yang kecewa.
Sebagai mengakhiri syarahan saya, kita perlu menyayangi setiap makhluk di sekeliling kita. Mereka sebernanya menyumbang untuk mewujudkan keharmonian masyarakat. Justeru, Masyarakat Penyayang Menjamin Keharmonian wajar kita hayati bersama.