Saturday 30 June 2012

1. Mengganti Puasa yang Ditinggalkan
 
Soalan: Saya banyak meninggalkan puasa semasa remaja, bagaimanakah caranya saya  hendak menggantinya, dan bolehkah tuan terangkan tentang fidyah dan bagaimana caranya?

Jawapan:
Puasa adalah rukun Islam yang keempat. Sesiapa yang meninggalkanya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran bererti telah melakukan dosa besar di sisi Allah SWT. Walaupun ia berdosa di sisi Allah namun tugas mengqadakkan semula puasa yang ditinggalkannya hendaklah dilakukan. Begitu juga dengan pembayaran fidyah.Dalam kes ini jika seseorang itu banyak meninggalkan puasa. Tidak diketahui dengan tepat sudah beberapa tahun ditinggalkannya, ia hendaklah menyediakan cadangan sebagai mengambil langkah berjaga-jaga.

Umpamanya ia meninggalkan puasa selama 10 tahun. Hendaklah ia mengqada'kan ke semua puasa yang ditinggalkannya itu, di samping membayar fidyah berupa secupak makanan untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan itu. Fidyah tidak boleh dibayar selagi ia tidak mengqada'kan puasanya terlebih dahulu. Bagi Imam An-Nawawi dalam Syarh Muhadhdhab orang yang meninggalkan puasa ini hendaklah mengqada'kan puasanya dengan segera dan qada' ini boleh dilakukan secara berturut-turut ataupun secara berselangan hari.

No comments:

Post a Comment