Saturday 30 June 2012

Tips Tidur Lena

Tidurlah ….


Di hujung minggu begini, ramai yang menggunakan kesempatan yang ada untuk bangun lambat menggantikan tidur yang terganggu sepanjang minggu bekerja. Ada juga yang memilih tidur sepanjang hari dan melakukan aktiviti sosial di malam hari. Sesetengah pula bangun awal tapi tidur kembali apabila petang menjelma.

Tidur yang cukup dan teratur diamalkan untuk menjaga kesejahteraan badan. Ia penting bagi membolehkan otak dan badan aku berfungsi dengan betul. Selain itu ia membantu aku untuk lebih fokus pada keesokan hari dan yang paling utama, mood aku selalunya bergantung kepada rehatku yang cukup atau tidak.

Menjaga tidur adalah sangat perlu. Tahukah anda tidur yang tidak teratur boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Lebih-lebih lagi jika anda termasuk dalam golongan yang selalu tidur lewat dan mempunyai waktu
tidur yang tidak teratur.

Tidurlah dengan mencukupi iaitu antara 6-8 jam. Selain dari mendapat rehat yang cukup, otak juga akan berfungsi dengan lebih baik dan fokus pada esoknya. Tidur dan rehat yang cukup juga akan mengatasi
masalah anda yang selalu mengantuk dan lesu pada siang hari terutamanya waktu bekerja.

Mengamalkan minuman seperti susu atau teh cammomile @ peppermint sebelum tidur mampu menenangkan anda juga. Tabiat membuang air kecil sebelum tidur juga perlu diamalkan bagi mengelakkan tidur anda terganggu pada awal pagi.

Jika anda mempunyai masalah untuk nyenyak tidur, sebolehnya cuba elakkan berkongsi katil atau bilik tidur dengan orang lain. Atau beritahu ‘bedmate’ agar lebih memahami masalah kesukaran tidur anda. Pasangkan bau-bauan yang mampu membantu anda tidur dengan lebih lena. Pemasangan bunyi-bunyian muzik yang mengalun mungkin membantu sesetengah orang menenangkan fikiran dan tidur dengan lena.

No comments:

Post a Comment