Friday 30 March 2012

Kerja Sukarela dan Kerja Amal



Rakyat Malaysia pada umumnya adalah masyarakat yang penyayang, bersifat pemurah dan sanggup membantu mereka yang kurang bernasib baik. Salah satu cara terbaik untuk membantu ialah dengan menjadi sukarelawan dan melakukan kerja-kerja amal.

Terdapat pelbagai kerja kesukarelawan dan kerja amal yang boleh anda sertai. Sama ada melalui pendermaan wang ringgit dan barangan ataupun masa, setiap bantuan yang diberikan sentiasa dihargai. Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan hendaklah menghubungi pusat amal kebajikan pilihan masing-masing dan mengenal pasti bantuan yang diperlukan.


No comments:

Post a Comment