Wednesday 28 March 2012

Ku Belajar Dari Kesilapan

Namaku Syafik. Aku anak tunggal dalam sebuah keluarga yang berada. Ibu bapakku seorang yang berpengaruh di bandaraya. Sebut saja Datuk Ismail dan Datin Halimah pasti ramai golongan bangsawan dalam atau luar negara yang mengenalinya. Usiaku baru mencecah usia 15 tahun. Namun, aku hidup bagai anak yatim piatu, kerana ibu bapaku hanya mementingkan harta duniawi yang bersifat sementara. Aku tidak pernah melihat mereka di tikar sembahyang, apatah lagi ke masjid. Namun aku tidak mempedulikan semua itu kerana aku mempunyai rakan-rakan yang sanggup bersamaku dalam suka atau duka.

Pada suatu hari, ketika aku lepak bersama rakan-rakanku di kompleks beli belah, seorang rakankku menyuakan sebatang rokok kepadaku. Aku cuba menolak pelawaan itu, namun hanya sia-sia belaka. Aku terpaksa dan dipaksa. Akhirnya rokok menjadi sebahagian dripada hidupku. Ibu bapaku tidak tahu hal yang sebenar.

Daripada merokok, aku berjinak-jinak dengan dadah pula. Malang tidak berbau, ketika aku cuba merasai nikmat dadah untuk kali pertama di belakang deretan rumah kedai, aku ditangkap oleh dua orang anggota polis yang sedang meronda. Aku dibawa ke balai polis. Rakanku pula sempat melarikan diri. Akku menangis teresak-esak. Aku gusar memikirkan reaksi ibu bapaku.

Setiba aku di balai polis, seorang pegawai polis menyoal siasatku. Aku cuba untuk meyakinkan pagawai polis tersebut bahawa aku tidak sempat mengambil dadah. Setelah membuat ujian air kencing, ternyata aku tidak mengambil dadah. Mereka menghubungi ibu bapaku supaya mengambilku pulang. Sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah ditangkap oleh pihak polis, aku kehilangan ibu bapaku pula. Hatiku bagai dipanah petir apabila mendengar berita bahawa ibu bapaku maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke balai polis.

Kini, aku tidak lagi menjadikan rokok sebagai temanku. Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aku berjanji pada guru dan diriku sendiri bahawa aku akan mendapatkan keputusan yang terbaik. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment