Saturday, 9 June 2012

JIKALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA


     Peribahasa “jikalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”bermaksud usaha atau cita-cita tidak akan tercapai jika tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh

       Sepanjang sejarahnya,Malaysia pernah dijajah oleh kuasa Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris. Sepanjang tempoh penjajahan itu rakyat hidup dalam kesensaraan. Di samping kezaliman, penjajah juga melakukan pelbagai cara untuk melemahkan semangat orang-orang Melayu. Rakyat ditindas dan makanan dicatu. Rakyat tidak dibenarkan mendapat pendidikan dan hak yang sepatutnya.

       Berkat usaha gigih pejuang-pejuang tanah air,kita Berjaya mengahalau penjajah dari tanah air kita. Negara kita bebas dan merdeka pada 31 Ogos 1957. Pengobanan pejuang-pejuang tanah air amat besar ertinya kepada kita. Tanpa perjuangan dan pengorbanan mereka, kita tidak akan hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini.

       Setelah merdeka, kita berdepan dengan cabaran yang lebih habit, iaitu pengisian merdeka. Oleh itu, para pemimpin kita yang berkarisma seperti Allahyarham Tunku Abdul Razak Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambathan telah merangka pembangunan dari pelbagai aspek meliputi pendidikan, ekonomi dan sosial.
Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti bekalan elektrik dan bekalan air bersih, rangkaian lebuh raya agar kehidupan rakyat sentiasa terjamin. Namun begitu, segala kejayaan tersebut tidak dapat dicapai dengan begitu mudah. Banyak nyawa rakyat yang terkorban dan bukan sedikit air mata yang tumpah. Mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat terdahulu, kita sepatutnya mengucapkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada pejuang silam.

       Tahun 2010 genaplah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Sebagai pelajar, kita dapat jadikan peristiwa kemerdekaan negara kita sebagai iktibar untuk kita mencapai kejayaan, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

No comments:

Post a Comment