Saturday 12 May 2012

Apakah Iman Kita Senipis Kertas A4?

Iman itu:-
  1. Tasdiq (yaqin) pada hati bahawa ALLAH itu tuhan, Muhammad itu rasul dan percaya kepada segala ajarannya
  2. Iqrar (ucap dengan lidah / lisan)
  3. Amal dengan anggota
Ada sesetengah pendapat mengatakan hanya pada hati dan anggota sahaja (tidak termasuk iqrar dengan mulut). Dalam Quran ada dinyatakan “orang2 yang menyembunyikan imannya”
Sabda Nabi- Iman itu kosong (telanjang). Pakaian IMAN adalah TAQWA (taat, patuh). taat dan patuh kepada ALLAH boleh binasakan SYAITAN.
Kecantikan IMAN itu MALU. ISLAM sesuai dengan orang yang bermaruah tinggi, malu. Semakin malu, semakin tebal iman. Rasulullah lebih malu daripada anak gadis.
Orang yang tinggi TAQWA dan MALU adalah para WALI seperti nabi Khaidir. Mereka ini deberi ilmu LADUNI. Orang2 yang keluar jalan ALLAH selama 40hari juga akan dimasukkan ilmu laduni kedalam hati mereka.


Salam Pertemuan Kembali...

Iman, perkara yang mudah disebut. Seperti peribahasa.."menanam tebu di bibir", tetapi sukar untuk diukur tara. Kenapa saya katakan iman senipis kertas A4? Saya menganggap iman senipis kertas A4 adalah untuk menunjukkan bahawa iman kita mudah carik seperti mana mencarik sehelai kertas A4.

Cuba kita bayangkan iman kita seumpama sehelai kertas A4. Ia sungguh mudah di carik. Jika iman kita seumpama 20 helai, ia boleh dicarik tetapi memerlukan tenaga luar yang kuat dan jika iman kita seumpama 100 helai, ia tidak boleh dicarik. Tetapi dimanakah tahap keimanan kita? Pada sehelai, 20 helai atau 100 helai....?

  Mengapa saya berkata demikian? Supaya kita melihat balik tahap keimanan kita, sudah tebalkah keimanan kita, sudat kentalkah keimanan kita? Cuba kita lihat sekeliling kita, kalau nak menyebut 'Nauzubillah' seribu perkataan pun tak akan cukup, tetapi sebelum kita mengucapkan 'Nauzubilah' kepada orang lain. Pernahkah kita terfikir wajarkah kita mengucapkannya? Adakah keimanan kita sudah utuh? Tidak pernah kah aku membuat perkara yang dimungkiri olehnya...?


Cuba kita ketuk hati kecil kita. Adakah iman kita utuh dan adakah iman kita lemah? Saya menulis bukan kerana hendak membuka pekung di dada mereka yang merasa iman mereka lemah, tetapi cuma untuk mengejutkan sebahagian otak-otak mereka yang masih tidur lena sambil dibuai mimpi keseronokan duniawi sahaja. Sesungguhnya manusia hidup di dalam kerugian.

Wassalam...

Sumber:  http://footpc.blogspot.com/2011/01/apakah-iman-kita-senipis-kertas-a4.html

No comments:

Post a Comment