Saturday 28 April 2012

Seraut Wajah Ibu

 Kurenung mata ibu
Ada kejora menyinari
Memancar kasih sejati.

Kuusap tangan ibu
Ada parut kasar
Mengiringi kudratnya yang terperah.

Kubelai mahkota ibu
Ada helaian memutih
Menyembunyikan jaluran usia.

Kuamati wajah ibu
Ada garis-garis duka
Melakar wajah ayah
Yang sudah tiada.

Kuselami bahtera hidup ibu
Merempuh gelombang sendiri

Tanpa lelaki
Bergelar suami di sisi.

Lalu kecermin diri
Mentafsir kata hati
Menilai derita ibu
Menjulang diriku ke pantas hidup
Gemilang ini.

Nordin Saad
Sri Tanjong, Perlis

 
Dewan Sastera Ogos 2001

Sumber:  http://www.ipuisi.com/seraut-wajah-ibu-nordin-saad

No comments:

Post a Comment