Wednesday 21 March 2012

Peribahasa

1.Seperti katak di bawah tempurung
   = seseorang yang tidak mengambil tahu akan keadaan sekelilingnya

2.Bagai langit dengan bumi
   = perbezaan yang ketara

3.Seperti tikus membaiki labu
   = seseorang yang tidak mahir  sesuatu benda cuba untuk melakukannya meyebabkan benda   itu rosak

4.Seperti lipas kudung
   = bergerak dengan cepat dan pantas

5.Bagai kelip-kelip terbang malam
   =rahsia yang tidak dapat disembunyikan

6.Bagai melepaskan anjing tersepit
   =membantu orang yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih

7.Seperti rumput di tepi jalan
   = keadaan kehidupan yang melarat

8.Menanam tebu di tepi bibir
   =kata-kata yang manis untuk mamujuk

9.Bagai gelagar buluh
   = orang yang suka bercakap besar

10.Seperti gunting makan di hujung
   = kata-kata seseorang yang tajam tapi tidak terasa kerana bijak menyusun kata-kata

No comments:

Post a Comment