Wednesday 28 March 2012

Pengembaraan Mencetak Foto

Zahid telah merakamkan  pelbagai peristiwa menarik menerusi kameranya. Untuk menjadikan filem yang dirakam itu berbentuk kepingan foto, Zahid perlu ke kedai gambar. Langkah pertama, dia keluar dari rumah dan untuk mengelakkan kecurian, pintu pagar rumahnya dikunci. Kemudian dia memandu keretanya melalui jalan yang paling singkat untuk ke kedai gambar.

Tanpa diduga, rupa-rupanya perhitungannya salah. Jalan yang dipilih sesak dengan kenderaan. Apabila tiba ditempat yang dituju, dia mencari tempat meletak kenderaannya. Dia kemudiannya memasukkan wang syiling ke tempat perakam waktu di tempat meletak keretanya dan resit kemudiannya diletakkan di dalam kereta, berdekatan dengan cermin.

Kemudian dia berjalan kaki ke kedai gambar. Sampai di kedai gambar dia memilih saiz foto, kesemuanya saiz 4R. Zahid kemudiannya membuat pembayaran cengkeram dan resit diterima. Dia berlegar-legar berdekatan kedai tersebut untuk membuang waktu kerana proses mencetak foto mengambil masa sejam.
Sejam kemudian, dia ke kedai itu semula. Dia menunjukkan resit, foto yang telah dicetak diserahkan kepadanya. Dia membuat pemeriksaan, kemudian membayar baki penuh untuk mencetak foto tersebut. Dia berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah. Untuk seketika, dia termenung memnikirkan tempat keretanya tadi diletak.

“Dimana aku letak kereta tadi?” hatinya tertanya-tanya. Akhirnya dia terfikir, keretanya tadi diletak di hujung kedai. Dia bergerak pantas ke keretanya. Sekarang dia berfikir cara bagaimana untuk cepat tiba. Hanya ada dua jalan dan kedua-dua jalan pada waktu petang ini sesak dengan kereta.

Oleh sebab tiada pilihan lain, Zahid meredah kesesakan jalan raya. Rasa bosan dan geram menguasai dirinya. Lebih tiga jam telah dihabiskan hanya untuk mencetak fotonya. Akhirnya dia tiba di rumah dalam keadaan tubuh tidak bertenaga. Ketika itu dia terfikir, alangkah baiknya jika dia membeli kamera digital bersama mesin pencetak sekali.

No comments:

Post a Comment