Saturday, 9 June 2012

PENDAPAT

     Sebelum tahun 70-an, guru-guru dibenarkan menggunakan rotan untuk mendisiplinkan pelajar. Begitulah caranya pihak sekolah membetulkan sikap dan tingkah laku pelajar yang malas dan nakal. Tindakan yang sedemikian dapat sokongan yang penuh daripada ibu dan bapa pelajar itu sendiri. Tujuan utamanya adalah untuk kebaikan masa depan pelajar juga.

      Sebagai pelajar, saya memang bersetuju bahawa tindakan merotan itu perlu dilaksanakan di sekolah. Pepatah ada yang mengatakan”Sayangkan anak tangan-tangankan”. Hal ini disebabkan kita terlalu memanjakan mereka yang kurang matang fikirannya. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka tidak takut untuk mengulangi kesalahan yang sama. Pada kebanyakkan orang, merotan adalah cra yang paling baik untuk mengingatkan seseorang agar berkelakuan baik.

      Ada orang berpendapat bahawa merotan adalah cara yang paling kejam. Akan tetapi saya tidak beranggapan sedemikian. Guru yang bijaksana pasti tidak akan merotan pelajar sewenang-wenangnya atau tanpa sebab yang munasabah. Biasanya, seseorang guru hanya akan menggunakan rotannya jika seseorang pelajar itu tidak dapat dikawal lagi. Jadi, dengan merota pelajar yang degil ini sememangnya penting dalam membentuk peribadi yang baik terhadap pelajar-pelajarnya. 

    Selain itu, kita sedia maklum bahawa pihak sekolah telah menetapkan tatacara merotan pelajar yang perlu diikuti oleh guru. Sehubungan itu. Pengetua atau Guru Besar sesebuah sekolah hanya akan membenarkan guru disiplin yang dilantik khas untuk menjatuhkan hukuman merotan. Tambahan pula, adanya saksi di sisi guru disiplin yang merotan pelajar. Dengan tatacara yang sedemikian, maka wajarlah tindakan merotan pelajar itu diteruskan. 

       Demi membentuk tingkah laku anak-anak kita yang baik dan memastikan mereka tidak terlibat dalam kegitan yang buruk, maka tindakan merotan itu wajar dilakukan. Kata orang tua-tua,” melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Pada saya, merotan pelajar yang acap kali melakukan kesalahan yang serius ialah satu cara yang baik.

No comments:

Post a Comment