1.Seperti katak di bawah tempurung
= seseorang yang tidak mengambil tahu akan keadaan sekelilingnya
2.Bagai langit dengan bumi
= perbezaan yang ketara
3.Seperti tikus membaiki labu
= seseorang yang tidak mahir sesuatu benda cuba untuk melakukannya meyebabkan benda itu rosak
4.Seperti lipas kudung
= bergerak dengan cepat dan pantas
5.Bagai kelip-kelip terbang malam
=rahsia yang tidak dapat disembunyikan
6.Bagai melepaskan anjing tersepit
=membantu orang yang tidak tahu mengenang budi dan berterima kasih
7.Seperti rumput di tepi jalan
= keadaan kehidupan yang melarat
8.Menanam tebu di tepi bibir
=kata-kata yang manis untuk mamujuk
9.Bagai gelagar buluh
= orang yang suka bercakap besar
10.Seperti gunting makan di hujung
= kata-kata seseorang yang tajam tapi tidak terasa kerana bijak menyusun kata-kata
No comments:
Post a Comment